Unit ini merupakan unit yang bertanggungjawab kepada Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas pengurusan pengendalian peperiksaan, pengurusan keselamatan peperiksaan, pengurusan bahan peperiksaan dan keputusan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi seluruh negeri Kedah Darul Aman.


“Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.”


"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

MAKLUMAT TERKINI


1.
PENCALONAN PENGAWAS PMR 2010
- Sila muat turun sistem pencalonan di alamat : http://myringgit.com/download/calonpengawas.exe. Tarikh akhir menghantar kembali Sistem Pencalonan Pengawas PMR secara email ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan ialah pada atau sebelum 2 Jun 2010. Alamat email ialah - exampmr.jpnkedah@gmail.com

2.
Mesyuarat Perlantikan Pengawas Peperiksaan UPSR 2010 di Hotel Swiss In Sungai Petani Kedah - 25,26 dan 27 Mei 2010.

3.
Mesyuarat Keselamatan dan Pengendalian Peperiksaan SPM(U) 2010. (SPP JPN, PPD Peperiksaan, Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas.
Tarikh : 6 Jun 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga, BTPN Kedah

4.
Mesyuarat Keselamatan dan Pengendalian Peperiksaan bersama semua Penyelia Kawasan semua peperiksaan Peringkat Negeri Kedah 2010 akan diadakan di Hotel Cinta Sayang Golf and Country Club Sungai Petani Kedah pada 28,29 dan 30 Jun 2010.

5.
Semakan Jadual Ujian Lisan Khas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2010, Calon Persendirian. Sila semak jadual anda di alamat http://myringgit.com/cp

6.

PERBANDINGAN GRED LAMA DENGAN GRED BARU

DAN TAKRIFAN PERINGKAT PADA SLIP KEPUTUSAN

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

GRED LAMA

GRED BARU

NILAI GRED PURATA

TAKRIFNYA


+A

0

Cemerlang Tertinggi

1A

A

1

Cemerlang Tinggi

2A

-A

2

Cemerlang

3B

+B

3

Kepujian Tertinggi

4B

B

4

Kepujian Tinggi

5C

+C

5

Kepujian Atas

6C

C

6

Kepujian

7D

D

7

Lulus Atas

8E

E

8

Lulus

9G

G

9

Gagal



TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2010

NAMA PEPERIKSAAN

TARIKH PEPERIKSAAN BAGI TAHUN 2010


Sijil Pelajaran Malaysia (ULANGAN)

22 - 23 Jun


Sijil Tinggi Agama Malaysia (LISAN)

12- 13 Julai


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

21 - 23 September


Penilaian Menengah Rendah (PMR)

5 - 7 Oktober dan 11 - 12 Oktober



Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

18 - 20 Oktober dan 26 - 27 Oktober


Sijil Pelajaran Malaysia (AMALI)

19 - 21 Oktober


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

22 November - 16 Disember




MATLAMAT



Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia Dan Bersatu, Berilmu,

Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Beriman Dan Sejahtera,

Disamping ,Menyediakan Modal Insan Kelas Pertama

Bagi Keperluan Dan Kemajuan Negara



ETIKA KERJA



Melayan Segala,

Penuh Mesra Menyelesai Segera,

Budi Bicara, Menepati Masa,

Kualiti Dipelihara Ikram Bersaudara,

Sebulat Suara Ikhlas Bekerja,

Amanah Dijaga Imej Kita,

Tanggungjawab Bersama



PENGENALAN


Unit Peperiksaan Rendah dan Menengah Sektor Penilaian dan Peperiksaan bertanggungjawab kepada Pengarah Pelajaran Negeri Kedah dan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas pengurusan pengendalian peperiksaan, pengurusan keselamatan peperiksaan, pengurusan bahan peperiksaan dan keputusan peperiksaan awam bagi seluruh negeri Kedah Darul Aman.

OJEKTIF

1. Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan peperiksaan luar negeri.
2. Merancang, mengurus, mengawal dan memastikan pentadbiran peperiksaan dapat dilaksanankan dengan adil, sahih dan amanah.
3. Menyediakan segala kemudahan untuk menjamin keselesaan semua calon yang mengambil peperiksaan.
4. Memproses dan menyampaikan keputusan serta sijil semua peperiksaan kepada pihak yang berkenaan sebaik sahaja diterima daripada badan-badan peperiksaan.
5. Menyediakan analisis dan laporan terperinci pencapaian calon dalam semua peperiksaan serta menyalurkan maklumat berkenaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memajukan bidang pendidikan.
6. Mencapai matlamat "ZERO DEFECT" dalam pengurusan dan perlaksanaan peperiksaan.

FUNGSI


1. Menguruskan serta membantu pendaftaran semua peperiksaan awam dan juga peperiksaan luar negeri yang berkenaan.
2. Memproses dan menempatkan calon-calon di pusat-pusat peperiksaan.
3. Membuat perlantikan Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas dan Pengawas peperiksaan, pemeriksaan bagi mengendalikan semua peperiksaan bertulis, lisan dan amali.
4. Menerima dan mengagihkan bahan-bahan sulit / bahan
5. Mengendalikan semua peperiksaan bertulis, amali dan lisan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
6. Memastikan semua penerimaan dan pengedaran bahan-bahan sulit mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
7. Memproses semua tuntutan pengawasan bagi semua peperiksaan untuk dihantar ke Akauntan Negara bagi tujuan pembayaran dengan cepat dan tepat.
8. Memproses dan mengedarkan semua keputusan peperiksaan yang dikendalikan kepada sekolah dan calon-calon persendirian.
9. Membantu membuat analisis bagi semua peperiksaan.
10. Memberikan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan yang profesional dalam semua bidang peperiksaan.

PIAGAM PELANGGAN


Kami warga Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Mengurus dan mengendalikan semua peperiksaan dengan penuh amanah, tegas, adil dan selamat
2. Memegang kerahsiaan dan maklumat sulit peperiksaan dengan penuh amanah.
3. Memastikan tidak akan berlaku kebocoran dalam semua peperiksaan.
4. Menyempurnakan tugas-tugas pendaftaran calon, perlantikan dan penempatan pengawas serta pembayaran tuntutan dengan teliti dan cekap.
5. Sentiasa sedia memberikan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan yang profesional dalam semua bidang peperiksaan.

Mesyuarat Unit

Mesyuarat Unit
Serambi Bestari JPN - Isnin 25 Januari 2010 / 9 Safar 1431


Sunday, February 7, 2010

Bengkel Dan Taklimat Aplikasi Penggunaan Sistem Pendaftaran Pengawas Peperiksaan SlaP






Tarikh : 08 Februari 2010
Tempat : Bilik Cempaka BTPN Kedah
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Penceramah : En. Hanif (Pegawai SPP Penang)
Peserta : Semua pegawai dan PT dari Unit Peperiksaan Rendah dan Menengah SPP JPN
Kedah dan semua pegawai dan PT dari PPD.

Sunday, January 24, 2010

MESYUARAT PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR 2010



Duduk dari kiri :
En.Ramli Safar,En.Shahrir Abu Bakar, Tn.Hj.Ahmad Zuhkhori Saad, Tn.Hj.Ahamad Subri Ab.Majid, En.Harun Jaafar.

Berdiri dari Kiri :
En.Sulaiman Ramli,En.Fazil Ahmad,En.Shaari Hussin,En.Zakimi Abdullah,En.Hasenan Harun,En.Ismail Ahmad,En.Mohd Yusoff Ahmad Shahabudin,Tn.Hj.Ibrahim Abdullah,En.Md Yatin Ismail,En.Azizan Ahmad,Tn.Hj.Rosli Md Zain dan Tn.Hj Saad Nayan

Mesyuarat Pendaftaran Peperiksaan UPSR dan PMR antara Pegawai SPP dengan Pegawai PPD Tarikh : 7 Januari 2010
Tempat : PPD Padang Terap.